Links

VISI

Mencungkil Potensi ICT, Mengilap Prestasi Diri, Menjana kecemerlangan sekolah

Blog Makmal Komputer SK Ayer Puteh

Peraturan Makmal Komputer

  1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
  2. Kemaskan Makmal Komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  3. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di Makmal Komputer.
  4. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  5. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  6. Semua pengguna dikehendaki mengikut Jadual Waktu Penggunaan makmal Komputer.
  7. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
  8. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral (lucah).
  9. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  10. Pengguna komputer dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.
  11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru bertugas.
  12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru bertugas.
  13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
  14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Sifat-sifat seorang Guru

>> Wednesday, March 24, 2010

Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru

1. Baik Hati
Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid
kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka
Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid
dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh
muridnya.

3. Sabar
Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal
perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat
dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab
Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang
telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan
tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin
Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat
sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang
boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan
Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat
kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala
aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP